Saturday 3 November 2012

MAHU TIDUR SEPERTI BAYI ?????


MAHU TIDUR SEPERTI BAYI ?????


Masalah gangguan tidur terjadi apabila seseorang mengalami sukar untuk tidur nyenyak pada malam hari, walaupun sudah tidur selama 8 jam atau lebih, tetapi masih mengantuk dan tidak berstamina setelah bangun dari tidur. Hal ini terjadi karana tidur yang tidak berkualiti.

Tidur adalah suatu proses dimana terjadi pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak, membolehkan tubuh untuk berehat, juga untuk menjaga keseimbangan metabolisme dan reaksi biokimia tubuh. Jika kita mengalami gangguan tidur, maka akan mempengaruhi kesihatan kita.



Berapa lama tidur diperlukan?
Tempoh masa tidur setiap individu berbeza antara satu sama lain. Purata jumlah masa tidur yang diperlukan sehari ialah 7 hingga 8 jam. Kajian menunjukkan individu yang tidur kurang daripada 4.5 jam sehari, mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari. Kualiti tidur tidak hanya bergantung kepada jumlah masa tidur sahaja tetapi juga kepada keupayaan seseorang itu berfungsi dari segi fizikal dan mental pada keesokan harinya.

Jenis-jenis Insomnia


Insomnia Sementara
Mengalami masalah tidur kurang daripada 1 minggu. Antara sebab-sebab insomnia ini termasuk bekerja mengikut syif dan tekanan perasaan.

Insomnia Jangka Pendek
Mengalami masalah tidur selama sebuan. Antara sebab-sebabnya termasuk perubahan persekitaran seperti dirawat di hospital, pertukaran kerja atau masalah kerja, masalah keluarga dan masalah kesihatan.

Insomnia Kronik
Merupakan gangguan serius yang dialami lebih dari sebulan. Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.

Punca Insomnia
  • Umur meningkat tua
  • Berpenyakit seperti sesak nafas, kerap buang air kecil dan menanggung kesakitan.
  • Cemas dan murung.
  • Suasana bising dan tidak selesa.
  • Tekanan perasaan/stress di rumah atau di tempat kerja
 CALL/SMS - 019-2985039 UNTUK DAPATKAN SLEEPTIME ALPHA LIPID

No comments:

Post a Comment